a) Tamadun Yunani.
1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.
2. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua
hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri
daripada golongan kaya.
3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot – raja dipilih
tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini
dinamakan oligrarki.
4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.
5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati –
maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera.
6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat – maka muncullah demokrasi.
7. Sistem demokrasi di Athens – tersapat Dewan Perhimpunan dan
Majlis. Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan
selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli
boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh
Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan
berkuasa penuh keatas ketiga – tiganya.
8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotic.
b) Tamadun Rom.
1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan).
2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Kemudian dibentuk sistem Republik – dua konsul dilantik oleh Dewan
Senat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat
(bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul
dilantik dikalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah
tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan (semua rakyat
Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.
4. Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar – berlaku
selepas perluasan kuasa ke Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania
dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat.
Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan
Senat.
5. Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah.
c) Tamadun India.
1. Dua bentuk kerajaan – kerajaan kecil ( kepuakan/tiada raja ) dan
kerajaan besar ( diketuai raja seperti kerajaan Kashi, kosala ).
2. Raja bekuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan
harus dihormati. Brahim menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi
pemerintah tertinggi.
3. Pemerintahan empayar – Raja Maurya menjadi maharaja. Empayar ini
meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya
ialah Pataliputra.
4. Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah
menamatkan perang Kalinga, membentuk kedamaian menakluk melalui
penyebaran agama Buddha dan membentuk birokrasi pentadbiran.
d) Tamadun China.
1. Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.
2. Konsep raja menjadi maharaja.
3. Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan
rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan
peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh
pentingnya ialah Shih Huang Ti.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar